Wednesday, August 23, 2006

Terima Kasih

Dah sebulan berlalu, Bongkar pun dah tamat siaran. Bagi pihak penerbitan dan krew, saya ingin menyampai jutaan penghargaan kepada semua yang sudi meluangkan masa menontong Bongkar walaupun disiarkan tengah malam.

Rating dan maklum balas yang kami dapat amat mengkagumkan. Tanpa sokongan anda semua, Bongkar tidak mungkin akan mencapai matlamatnya.

Terima kasih sekali lagi. God Bless.

Paullina.
Penerbit.

Tuesday, May 23, 2006

VISUAL EDITOR

Hello ... saya tumpang posting kejap ek .. kot kot ada dikalangan pengunjung yang mempunyai kenalan Visual Editor. Team kami memerlukan 2 orang visual editor yang boleh mengendalikan mesin editing Edius. Salary? SANGAT MENARIK. Kalau ada sesiapa yang berminat sila hubungi Paullina atau Muhaimi di talian 03-5635 9756.

-Penerbit-

Tuesday, May 16, 2006

Salam Sejahtera Semua - dari Wan Din

A'kum semua,

Saya harapkan anda semua sihat sejahtera.

Saya cukup terharu bila membaca komen dan rasa keprihatinan anda semua. Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi berkongsi rasa kerana apa yang kami rasa... anda turut rasa. Namun bagi pihak semua krew penerbitan, apa yang mampu saya tulis hanyalah...maaf di atas segala kesulitan ini.

Saya masih teguh percaya yang setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Apapun seperti biasa saya amat menghargai doa dan sokongan berterusan yang anda semua berikan.

Jaga diri baik-baik...Wassalam.

Tuesday, May 09, 2006

Terima kasih - dari Wan Din

A'kum semua,

Terlebih dahulu Alhamdulillah kerana dengan izinNya akhirnya Bongkar ke udara semalam. Dan bila memasuki website ini saya cukup terharu dengan sokongan anda semua yang sanggup menunggu hingga larut malam semata-mata untuk menonton 'Bongkar'.

Segala komen yang anda berikan amatlah saya hargai dan Insyallah saya akan perbaiki di masa-masa akan datang.

Sekali lagi terima kasih kerana anda semua telah sudi meluangkan masa untuk menonton 'Bongkar' dan terima kasih juga kerana mengambil berat tentang kami semua. Saya amat menghargai sokongan anda semua.

Sekian...jumpa lagi...jaga diri baik2.

Wan Din

Wednesday, May 03, 2006

Mohon maaf sekali lagi - From Wan Din

A'kum semua,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana dah terlalu lama tidak coretkan sesuatu di sini. Maklumlah jangankan perkhidmatan internet malah perkhidmatan telefon mudah alihpun tidak mendapat liputan.

Alhamdulillah setelah berkhemah di hutan Baling selama hampir 40 hari, kami semua telah selesai menjalani penggambaran Kem Karismatik dan semua yang terlibat (kesemua putera dan krew produksi selamat pulang ke tempat masing-masing). Apa yang pasti cabaran kami di Kem Karismatik tidak kurang hebatnya. Saya akan berkongsi pengalaman di Baling dalam website Kem Karismatik dalam masa terdekat... buat masa ni izinkan saya mendapat sedikit rehat. Apapun setinggi ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kedah terutamanya warga Baling yang telah memberi kerjasama yang amat baik. Allah jua yang mampu membalas budi baik anda semua.

Di atas penundaan siaran BONGKAR, saya ingin memohon maaf sekali lagi kepada anda semua... juga pihak media cetak yang telah banyak membantu kami. Sebagai manusia yang lemah kami hanya mampu membuat perancangan dan meletakkan usaha yang gigih, selebihnya kami bertawakkal. Kami percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Kami baru saja mendapat pengesahan dari pihak RTM hari ni yang BONGKAR akan mula ditayangkan bermula Isnin ini 8 Mei 2006 jam 1230 tengah malam di TV2. Kami amat berterimakasih dan yakin RTM telah membuat keputusan yang terbaik untuk BONGKAR.

Bagi pihak penerbitan, sekali lagi saya mohon maaf dan amat menghargai sokongan berterusan yang anda semua berikan.

Sekian dulu... jaga diri baik-baik!

Thursday, April 06, 2006

BONGKAR - DI TUNDA

Bagi pihak team produksi dan Wan Kamarudin, kami ingin meminta maaf kerana Bongkar tidak dapat disiarkan mengikut jadual yang kami uar uarkan.

Terdapat beberapa pindaan yang dilakukan di RTM dan kami masih menunggu tarikh siaran sebenar.

Satu lagi perubahan, Bongkar akan disiarkan di RTM 2 dan bukan di RTM1 (kami baru mendapat pengesahan siang tadi)

Kepada semua yang ternanti nanti akan kemunculan Bongkar, beribu maaf dari kami. Kami juga tidak menyangka program ini akan ditunda siarannya.

Harap maklum dan terima kasih.

~ Penerbit ~

Monday, March 13, 2006

From Wan Din

Alhamdullilah .... berkat kesepakatan, kesungguhan dan doa anda semua ... akhirnya kami berjaya menyelesaikan penggambaran 13 episod Bongkar.

Saya percaya anda semua sedikit sebanyak sudah maklum, tentang bongkar melalui media cetak dan blog Bongkar sendiri.

Bagi saya, Bongkar memiliki cabaran dan dugaan tersendiri. Dan apa yang saya harapkan Bongkar bukan sekadar paparan isu tetapi akan mengubah pemikiran kita menjadi lebih positif terhadap sesuatu.

Melalui Bongkar ... saya merasakan hidup ini terlalu rapuh. Selangkah kita tersalah ... kemungkinan tersimpang lebih jauh. Oleh itu ... dua asas penting dalam kehidupan yang amat diperlukan .... nilai keagamaan dan kekeluargaan.

Akhir kata ... saya hargai sokongan anda semua ... dan luangkanlah masa untuk menonton Bongkar .. insyallah .. bermula 6 April 2006, setiap Khamis, 10.30 malam di TV1.

Semoga kita sama sama mendapat iktibar dari apa yang dipaparkan.

Bye for now ... jaga diri baik baik.

-Wan K-