Monday, March 13, 2006

From Wan Din

Alhamdullilah .... berkat kesepakatan, kesungguhan dan doa anda semua ... akhirnya kami berjaya menyelesaikan penggambaran 13 episod Bongkar.

Saya percaya anda semua sedikit sebanyak sudah maklum, tentang bongkar melalui media cetak dan blog Bongkar sendiri.

Bagi saya, Bongkar memiliki cabaran dan dugaan tersendiri. Dan apa yang saya harapkan Bongkar bukan sekadar paparan isu tetapi akan mengubah pemikiran kita menjadi lebih positif terhadap sesuatu.

Melalui Bongkar ... saya merasakan hidup ini terlalu rapuh. Selangkah kita tersalah ... kemungkinan tersimpang lebih jauh. Oleh itu ... dua asas penting dalam kehidupan yang amat diperlukan .... nilai keagamaan dan kekeluargaan.

Akhir kata ... saya hargai sokongan anda semua ... dan luangkanlah masa untuk menonton Bongkar .. insyallah .. bermula 6 April 2006, setiap Khamis, 10.30 malam di TV1.

Semoga kita sama sama mendapat iktibar dari apa yang dipaparkan.

Bye for now ... jaga diri baik baik.

-Wan K-

12 Comments:

Blogger WNH said...

You are right...

nilai keagamaan dan kekeluargaan sangat penting untuk dititik beratkan. Tak kira apa cara kita dalam memastikan ianya berlaku, sewajarnya bagi yang telah matang dan dewasa cuba untuk merialisasikan perkara ini dalam kehidupan seharian terhadap diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita, mungkin dengan cara kita sendiri.

Well done for the great job! Looking forward to watch 'Bongkar' then...

9:32 AM  
Blogger syahran_hakimi said...

akum w.b.t...erm syah nak tanya why en.wan's blog always blocked???erm asal syah nak masuk mst ada sumting yg blocked it???why???

9:13 PM  
Blogger terrarosa said...

Bongkar di siarkan kul 10.30 malam ?? tapi nasib baik malam khamis... esoknya tak kijer bleh ler tidur lewat sket.. hhmmm
ada laaa sebab nya Bongkar tak dapat Prime Time kan !! tapi En Wan punya pasal... kena buat reminder handset 10 kali... takut miss 1st episod.. nyesal tak habis nanti...
hopefully.. selepas pendedahan Bongkar... akan muncul sinar baru dalam jiwa yg disentuh oleh En Wan... kalau laaa mereka dan keluarga mereka tahu kuasa di dalam satu kemaafan... mereka harus mencari atau memberi nya tanpa sempadan.... Semoga Allah memberkati mereka agar mereka tidak tewas dengan dunia yg sementara ini.. tetapi walaupun hanya sementara they deserve to live life to the fullest... in any situation ... mereka berhak bergembira.. ( sebagai mana gembiranya kanak2 yg di berikan ais krim oleh En Wan.. ) Terra amat bersimpati dengan apa yg berlaku kepada jiwa yg telah dibongkar oleh En Wan...
so for them ,do seek for the forgiveness before it's to late...
mungkin ada ketenangan di dalam nya..
- Terra

8:36 AM  
Blogger HelloKitty said...

Saya setuju dengan Wan. Nilai keagamaan dan kekeluargaan semakin hilang daripada peradaban generasi sekarang. Semakin maju kita semakin hilang nilai-nilai ini. Bagi saya ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan anak-anak zaman akan datang adalah yang beradab dan berwawasan bukan yang semakin mendatangkan masalah. Anak-anak kecil sekarang harus dididik dengan lebih tegas tapi dalam masa sama cara psikologi harus digunakan untuk memberi kesedaran kepada mereka. Anyway, can't wait to see you on air. Sepatutnya Bongkar disiarkan masa prime time sebab masa tu anak-anak tak tidur lagi. Harap dipertimbangkan masa siarannya pada masa akan datang. Apa-apa pun tahniah buat Bongkar dan selamat maju jaya kepada anda.

1:17 PM  
Blogger blackpurple said...

Aku tertarik dengan lirik lagu kupu2 dari M Nasir...... Dalam maknanya.....All the best Wan Din....

KUPU KUPU
Lagu / Lirik : M. Nasir


Bayangkan kau seekor kupu-kupu
Sedang berterbangan dalam sebuah taman
Kau tak tahu akan nasibmu
Kau hanya terbang mencari madumu

Dulu kau buta tak tahu
Dalam kepompongmu, dalam kepompongmu
Kini lihatlah semua
Lihat sekelilingmu, lihat sekelilingmu

Warna sayapku mungkin gemerlap
Indah mata memandang bila ku terbang
Tapi hanya masa akan menentukan
Bila ku dijadikan perhiasan dinding

Aku kecil dan tak berkuasa, ku tak berkuasa
Tapi mata ku tak dapat dilindungi dari
Melihat akan kecurangan

Yang benar tetap benar walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku di sini hanya sementara waktu.

8:53 AM  
Blogger Rossa said...

Hargai la masa bersama keluarga .. terapkan nilai keagamaan untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT .. Anak-anak adalah amanah Allah untuk kita menjaga dan mendidik mereka ...

9:22 PM  
Blogger terrarosa said...

This post has been removed by a blog administrator.

10:19 AM  
Blogger fid said...

Selalunya kesalahan pada diri bukannya berpunca dari Ibu & Bapa, tapi dari diri sendiri & persekitaran. Saya percaya bahawa jika iman kita tetap walaubagaimanapun di hasud & di suruh kita tetap kita. Kejahatan berlaku bukan kerana ada kesempatan tetapi kerana niat perlakunya.Sebab tu ada perumpamaan tepuk dada tanya iman.

12:41 PM  
Blogger nyonya glenmarie said...

malam ini ya! insyaAllah akan tonton kalau tidak lupa. saya nantikan pembongkaran kejijikan cara hidup golongan yang 'di atas' juga, bukan hanya bilis-bilis.

2:16 PM  
Blogger fid said...

Terra, Shah, Adiena

Mana dia BONGKAR nya... ni RTM nak kena BONGKAR ke dgn kita semua

12:47 PM  
Blogger zacky said...

waktu siaran rancangan adakah ditentukan oleh pihak rtm atau pihak anda

6:37 PM  
Blogger zacky said...

boleh ke kalau nk join-zakariabrandon@yahoo.com, tp baru 19 he...he...

6:39 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home