Mohon maaf sekali lagi - From Wan Din
A'kum semua,
Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana dah terlalu lama tidak coretkan sesuatu di sini. Maklumlah jangankan perkhidmatan internet malah perkhidmatan telefon mudah alihpun tidak mendapat liputan.
Alhamdulillah setelah berkhemah di hutan Baling selama hampir 40 hari, kami semua telah selesai menjalani penggambaran Kem Karismatik dan semua yang terlibat (kesemua putera dan krew produksi selamat pulang ke tempat masing-masing). Apa yang pasti cabaran kami di Kem Karismatik tidak kurang hebatnya. Saya akan berkongsi pengalaman di Baling dalam website Kem Karismatik dalam masa terdekat... buat masa ni izinkan saya mendapat sedikit rehat. Apapun setinggi ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kedah terutamanya warga Baling yang telah memberi kerjasama yang amat baik. Allah jua yang mampu membalas budi baik anda semua.
Di atas penundaan siaran BONGKAR, saya ingin memohon maaf sekali lagi kepada anda semua... juga pihak media cetak yang telah banyak membantu kami. Sebagai manusia yang lemah kami hanya mampu membuat perancangan dan meletakkan usaha yang gigih, selebihnya kami bertawakkal. Kami percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Kami baru saja mendapat pengesahan dari pihak RTM hari ni yang BONGKAR akan mula ditayangkan bermula Isnin ini 8 Mei 2006 jam 1230 tengah malam di TV2. Kami amat berterimakasih dan yakin RTM telah membuat keputusan yang terbaik untuk BONGKAR.
Bagi pihak penerbitan, sekali lagi saya mohon maaf dan amat menghargai sokongan berterusan yang anda semua berikan.
Sekian dulu... jaga diri baik-baik!

16 Comments:
Glad to know everything went fine. Sama-sama tunggu BONGKAR ke udara.
Anda and crew also, jaga diri baik-baik... rehat secukupnya...
Glad to know everything went fine. Sama-sama tunggu BONGKAR ke udara.
Anda and crew also, jaga diri baik-baik... rehat secukupnya...
Laaa...kenapa lambat sangat waktu siarannya? Macam mana nak bagi anak-anak tengok untuk pengajaran kalau waktunya lepas tengah malam? Sepatutnya rancangan macam nilah patut disiarkan prime time bukannya kisah cinta yang sama stailnya. Anyway, hopefully tak ada tunda-tunda lagi sebab dah tak sabar nak tengok. Anda dan krew anda bawak-bawaklah berehat sebab rasanya dah penat sangat baca kisah korang ke hulu ke hilir. Jaga kesihatan masing-masing ye.....
akum..hmmh..at last dapat gak satu lg berita dr bongkar selepas lama menunggu..la...akhirnya sampai pukul 12.30 malam...tapi takpe..at least on-air ka...syah wish all of u success..k akum ilal liqa'
p/s:producer mintakle en.wan update blog dia..
12.30 PAGI... !!!
Percaya tak ? Terra bangun , seawal 5.30 pagi...
entah laaa Labu...
Just wait n see
._.
Wan..
Jus wana take dis great opportuninty to wish u a best of luck 4 tomrw first siaran "BONGKAR"
May u Alwayas b upon Allah Bless ..
Till next time jaga diri and terus2 lah menjadi hebat yea ;)
Wassalam.
btw..
Hope can be rearrange for the time.
Rasanyer pukul 12.30 tu agak lewat..
Apa pun akan diusahakn untuk menonton INsyaAllah!
"Lets Pray Until Something Happen"
Hanie.
alhamdulillah, BONGKAR memang best! Tapi sayang, waktu ke udara kurang sesuai.
Saya amat tertarik gaya bersahaja Wan Din.Semoga u terus sukses ok...
Tapi u kena banyak2 kan rehat jugak ok...
Akum en.wan dan semua..pertama-tamanya..tahniah..diatas penerbitan dan tayangan ulung 'BONGKAR' just now..wow..its really a great masterpiece...salute!!!tapi kejap sangat le...takpe klu ada nxt season buat 1 jam bleh tak...kekeke..erm lucu gak tadi tgk en.wan hidu gam..(kejap je...tak lama...jgn marah en.wan)...then...berani gak en.wa temuramah dorang2 tu yek...chayo2!!!whatever..syah dan semua akan terus menyokong BONGKAR...then en.wan cakap spontan ke tak tgk skrip???sbb ada certain2 part tu yg.....(but only 0.00001 percent je tak banyak)k la minggu depan syah tengok lagi..en.wan tulislah sumtingkat blog..k akum ilal liqa'...
farez_syahran
la muriz seksa nya gambar..(jangan marah)kekeke..k akum...
good job wan!, dah lama tak tengok cerita begini..
A'kum , Bongkar suatu kelainan di mana kita sebagai penonton bleh merasai apa yg En Wan alami... kesedihan dan kemarahan sebagai orang asing kepada mangsa2 gam... Terra pernah berada di tempat En Wan , walaupun bukan berhadapan dengan penagih gam , tapi memang ada remaja skrang yg tak takut mati "katak" ... malah pandai jugak berhujah... menerima begitu lah takdir mereka , dan sepertimana yg mereka kata , kalau mak bapak sendiri tidak ambil peduli ... siapa kita untuk masuk campur !!??... namun dengan adanya Bongkar , isu2 seperti ini... InsyaAllah akan dapat membuka hati dan minda orang yg tertentu...
samb. lagi...
agak mengecewakan waktu siaran Bongkar pada 12.30 pagi... dalam keluarga ,Terra sorang jer yg tengok... yg lain sudah lena di ulik mimpi... nak sms kenalan pun... nanti esoknye pasti kena "sembur" ... 13 episod tu... lama gak ... harapan Terra RTM boleh mengubah waktu siarannya...
pahtu bakpo laaa kejap sangat , sero tok sapa setengoh jeea tuh...
- harap2 minggu depan bleh tengok lagi... manalaaa tau ... Terra tertidur plak...
sungguh mendukacitakan. Program yang tiada objective yang jelas.. hanya sekadar syok sendiri.. Memalukan!!
special thanks for en.wan dan warga kerja Bongkar. Semoga terus bertenaga dalam memberikan yang terbaik utk kita semua. wish you all the best dan jaga diri baik2
Setuju ngan terrarosa, masa yang diberi macam tak bagi kita tengok je, biasanya masa tu ramai dah mendengkor, ish ish rugile tak tengok, agaknya manusia ni takut nak melihat kepada kebenaran, lebih seronok butakan mata, pekakkan telinga tapi kalau dah kena batang idong sendiri yg sedia kemek tu baru padan muka, apa ke jadahnya (pinjam ayat encik Wan Din. Apapun syabas kepada Wan Din percayalah Bongkar merupakan sumbangan anda semua yg pasti membuahkan hasil.
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home