Salam Sejahtera Semua - dari Wan Din
A'kum semua,
Saya harapkan anda semua sihat sejahtera.
Saya cukup terharu bila membaca komen dan rasa keprihatinan anda semua. Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi berkongsi rasa kerana apa yang kami rasa... anda turut rasa. Namun bagi pihak semua krew penerbitan, apa yang mampu saya tulis hanyalah...maaf di atas segala kesulitan ini.
Saya masih teguh percaya yang setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Apapun seperti biasa saya amat menghargai doa dan sokongan berterusan yang anda semua berikan.
Jaga diri baik-baik...Wassalam.
Saya harapkan anda semua sihat sejahtera.
Saya cukup terharu bila membaca komen dan rasa keprihatinan anda semua. Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi berkongsi rasa kerana apa yang kami rasa... anda turut rasa. Namun bagi pihak semua krew penerbitan, apa yang mampu saya tulis hanyalah...maaf di atas segala kesulitan ini.
Saya masih teguh percaya yang setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Apapun seperti biasa saya amat menghargai doa dan sokongan berterusan yang anda semua berikan.
Jaga diri baik-baik...Wassalam.


39 Comments:
don't worry En Wan...
sekali seminggu tidur lewat... tak jadi masalah nyer... bukan stakat "eyes bag " kalau ada kesan bantal di muka pun... tak laa sampai kena ambil MC .. heehee..
garang en Wan dalam Bongkar tu garang nyer seorang abang kepada adik... kalau tak percaya perhatikan mata gan kening nyer skali... penuh gan " perhatian " dan "simpati" ... buktinya !!? dalam gambar kat bawah tuu....
tika En Wan berada di tengah2 dua org pompuan.. kalau tak silap
:P
tuk geng USM : kakJa , Rita ,
Mc G , niza , finie ,Mc Ja... this is a part of my passion to live.. buat2 faham jer lerr
;P
Ok Che Wan, all the best with Bongkar.. saya tak boleh tengok pasal tak tayang kat tmpat saya. So please update so that I can know more about Bongkar :)
To Terra,
Sakan nampakkkk! :)
Assalamualaikum / Salam Sejahtera.....
PELACUR JALANAN.....kesihan ada....marah ada.....kesihan kerana yang terlibat adalah anak2 melayu yang sebangsa dan seagama dengan kita. Tidak semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini inginkan kepada kejahatan dan keburukan. Sesuatu yang terjadi itu mungkin disebabkan sesuatu permasalahan yang kita sendiri tidak mengerti melainkan insan2 yang menghadapinya sahaja. Walaupun pelacur jalanan itu dipandang hina dan kotor oleh masyarakat........Namun bagi saya...lebih bersih dan mulia daripada seorang yang kaya dan mengamalkan RASUAH..........apa bezanya status seorang PELACUR JALANAN dengan PERASUAH. Masyarakat kita mengeji..mengejek...dan memandang hina....busuk...jelek kepada seorang PELACUR JALANAN...Wal hal mereka sendiri tidak pernah mengambil tahu kenapakah seorang wanita itu menjadi PELACUR ?
Berlainan pula dengan seorang pengamal RASUAH....Insan ini dipuja...dihormati dan disanjung dalam masyarakat.........Tidak pula kita merasa jijik dengan perlakuan seorang PERASUAH.......
Bagi saya hati seorang PELACUR adalah lebih jujur dan luhur daripada seorang PERASUAH yang lebih berbahaya dalam masyarakat kita.
Assalamualaikum En Wan
I was out of date. I missed another episode of Bongkar. Sempat tengok bahagian "Credits" bagi semua yang involved. Sekadar sempat catit dalam minda webpage Bongkar - http://bongkar-rtm.blogspot.com
Ntah macam mana lupa pula - I went to bongkar.blogspot.com
Ok, ini nak tolong ringkaskan url address utk En. Wan. Saya sediakan address ini - http://dapat.info/bongkar
Saya harap En. Wan sudi guna url tersebut.
akum, saya baru pertama ali menonton bongkar semalam...liputan tentang pelacur. dapat tengok pun masa dah separuh rancangan. baru pertaa kali saya tahu ada program tv bongkar. tak henti-henti air mata mengalir bila melihat realiti sebenar kehidupan. Saya dan kawan saya amat berminat untuk melibatkan diri dalam program tv bongkar pada masa akan datang. Saya dan kawan saya terlibat dalam kerja penyelidikan sosial dan bongkar merupakan saluran tepat bagi saya menyelami masalah sosial yang kian menular kini. Mungkin kita dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bagi mebantu ereka yang bermasalah ini.
Assalamualaikum
En. Wan, BONGKAR ditayangkan pada 1.30 pagi setiap hari Selasa?
hmm...dh 2 episod saya miss
nk stay up malam2 susah r bro wan din
esok nk keje lg
hope bley mntak kt RTM tukar waktu siaran n plus more promotion
ramai member2 saya xtau kewujudan rancangan ni
saya gak yg tolong promosikan
-->dont worry, i wont ask for pay
hehe
ABU HANIFAH AYOB
0192538617
Untuk makluman semua :
Bongkar dah 3 kali disiarkan di RTM 2 , kalau ikut waktu sebenar tayangannya ialah pukul 12.30 pagi setiap selasa , tapi dicetak dalam paper jam 12.30 malam setiap Isnin , kalau nak confirm , sila tengok intisari rancangan paper hari Isnin . Saya pun terkeliru jugak untuk tayangan pertamanya ...
Sebagai promosi , En Wan ada mengulas isu2 Bongkar dalam Mingguan Malaysia setiap Ahad , sudah 2 kali ianya dicetak , cuba la tengok minggu depan , sayapun kurang pasti samaada ruangan itu ada setiap minggu atau tidak !
-> harap2 En Wan boleh tolong jawab soalan ini
-> namun di atas sebab2 yg " saya pun tak tahu " , episod ke 2 Bongkar di tayangkan pada pukul 1.30 pagi !!
Terima kasih semua atas kesudian untuk terus menyokong Bongkar.
Thanks kepada terrarosa yang banyak membantu menjawab pertanyaan teman teman kita di sini.
Bongkar disiarkan pagi selasa jam 12.30 pagi. Untuk kejadian Bongkar disiarkan lewat jam 1.30 adalah kerana RTM mempunyai program 'snowball' atau dalam erti kata lain, program live yang perlu disiarkan. So Bongkar di tunda siaran sehingga program live itu selesai.
Dan kini Bongkar kembali bersiaran seperti biasa.
Bagi paparan di Utusan Malaysia, ianya bersifat mingguan. Column khas Wan Kamarudin itu akan terus memaparkan pengalaman Wan Kamarudin ketika penggambaran Bongkar.
Bagi pihak krew penerbitan, kami ucapkan terima kasih atas segala sokongan anda.
-Penerbit-
Akum...waaaaaaa......sedey sangat semalam...petang kelmarin(23mei)syah cbuk buat keje itu-ini...so ingat malam tu nak rest ckit...so syah set jam pukul 12.30....alih2 terbangun pukul 1.25 am...hampa, sedey, sakit hati, semua berbaur2...i blame myself..tapi apakan daya tu semua di luar kawalan syah...wa tapi rasa mcm tak menghargai hasil keje en.wan dan team bongkar je....
sorry 4 evrything....
yg baik is from Allah S.W.T..n yg lemah tu from myself...
k akum ilal liqa'....
ooppss ops.. ops... sebelum Terra punch out at 5 ( tapi skrang dah 5.10 !! ) tadi terbaca kat forum Utusan Malaysia.. Bongkar dapat sokongan dari seorang Bapa di Terengganu..
pihak krew Bongkar dan Terra sendiri ( ehemm.. ) mengucapkan terima kasih banyak2 buat penulis tersebut
dan tahniah juga untuk krew Bongkar... nampaknya bunga2 kesedaran dah mula berputik hasil penat lelah kalian .
*Terra* cuba buat apa yg mampu sahaja
akum sis terra...
-la...syah semalam menyahut seruan alam...kekeke...
-hampa... sangat ni...
-sis pujuk en.wan suruh dia buat balik tayanan semalam...kekeke
-k..next week..n utk episodes bongkar yg nxt2 remind me k....
-la...susah sangat nak dapat akhbar utusan kat tmpt syah...berita harian adalah...
-sorry sebab syah tak dapat jawab sms akak thru sms...sebab kredit...pokai..hehehe...
-k la...yg baik tu dtg drpd allah n yg lemah..n buruk tu from myself...
akum ilal liqa'
p/s:sdr/sdri Bongkar..bila en.wan nak letak post baru kek cni...
last but not least..syah pun tumpang ucap tq buat pakcik from t'ganu tu...kekeke
to shah
gapo ?
nak suruh Terra pujuk En Wan..
bleh..bleh...
nak suruh pujuk RTM ??
i hav no comment at all
ceewah baik laa konon !! sbenarnya baru jer insaf dgn apa yg En Wan post pagi ni ..
*terra*
masih lagi tersenyum depan pc :)
akum..yup..sis pujuk le en.wan...
bukan suruh dia awlkan siaran..tp..ulang siaran...kekeke...
p/s:sis simpan2 senyum tu ntuk esok2 lagi...:)...
akum...sdr/sdri xyzuk...mana dapat pic en.wan tu???
Inflasi
Tarif elektrik pulak naik kali ni
Selepas beberapa kali diminta TNB
Petrol dah naik 30 sen bulan Februari
Kerajaan dah tak nak tanggung subsidi
Tak lama akan naik tambang bas dan teksi
Makanan rutin seperti roti canai dan mi
Harga sayur-sayuran seperti bayam dan cili
Minyak enjin dan minyak motor 2T
Kos perubatan dan kos cabut gigi
Tol pun akan naik tak boleh harap kat Samy
Ini lah yang dinamakan Inflasi
Kos kehidupan semakin hari semakin tinggi
Mencengkam rakyat terutama yang makan gaji
Atau mereka yang baharu belajar hidup berdikari
Termasuklah siswa siswi di universiti
Indeks jenayah akan meningkat lagi
Pecah rumah ragut rompak dan curi
Rasuah pulak semakin menjadi-jadi
Kena tutup sebelah mata kata Jasin punya MP
Mereka yang kesempitan pinjam dari along dan ceti
Bila dah tak bayar macam-macam boleh jadi
Kita semua kena berjimat dan hati-hati
Doa agar Allah berkatkan rezeki
Yang tak perlu tak payah lah beli
Pakai kasut Bata lupakan Bally
Beg tangan pasar malam tak yah lah Gucci
Goreng ayam sendiri kurangkan KFC
Kurangkan Nescafe minum Tongkat Ali
Cuti-cuti di Malaysia tak payah ke luar negeri
Lupakan beli Mercedes cukup dengan Kenari
Sekarang naik motor dah tak naik Myvi
Walaupun Perodua guna Siti atau Mawi
Sapa yang naik berkawin dengan anak mami
Poket koyak sebab haga emas terlalu tinggi
Tak payah beli emas pakai kostum jewelry
Kena jimat makan putu mayam dan capati
Sekadar hiburan,
Assalamualaikum dan salam ceria unutk semua ,
Idea ni tiba2 muncul selepas membaca akhbar Berita Harian , Anda semua boleh memberi sokongan kepada Bongkar dengan menghantar SMS kepada Bharian . Sila layari rakanbh.bharian.com.my untuk keterangan lanjut . Pendaftaran ahli hanya RM 1 sahaja.
Anda boleh menghantar sebarang komen dan pandangan tentang Bongkar , melaporkan sarang penagih gam atau tempat lepak pelajar ponteng ataupun memberi resolusi kepada isu2 yg dipaparkan oleh Bongkar .
Namun pihak BH mempunyai kuasa untuk memantau isi kandungan SMS anda .
Yg menariknya , Bh akan mencetak beberapa SMS yg terpilih setiap hari..
dan Terra nampak apabila isu yg dihantar oleh pembaca adalah sama , pihak Bharian akan mencetaknya banyak2..
So syah , fid , adiena dan semua peminat Bongkar ,
can you imagine nama kita beratur jer dalam paper nanti :)
Terra dah daftar dgn nama TERRAROSA
sebenarnya Rakancop pun Terra dah sertai... biasalah KERANA MU MALAYSIA kan !!
Harapan Terra kalau la 100 SMS terhantar , tak kan laaa BH buat "derk" sahaja , nanti siapa yg rugi kan ??
slm kpd saudara wan din. terima kasih byk2 atas penyiaran rancangan bongkar yg byk mendedahkan kpd kita tentang masalah2 didlm masyarakat. Bongkar pada saya, menyedarkan akan peranan semua ahli masyarakat akan tanggungjawab kita terhadap masalah yg diutarakan. Bermula drpd pemimpin negara sehinggalah kpd para remaja berperanan utk mengatasi masalah2 yg diutarakan. Bongkar byk menginsafkan saya akan perkara tersebut. Sedih rasanya hati bila melihat anak bangsa seagama yg terjebak dgn masalah2 tersebut.Tiada siapa perlu dipersalahkan dlm hal ini. Kita semua perlu berperanan dgn sesungguh-sungguhnya mengatasi masalah2 yg diutarakan. Hanya Allah yg dpt membalas amal yg dibuat oleh saudara.
Assalamualaikum n hai to all...
post hari ni special tuk EN Wan dan Krew Bongkar , satu lagi surat dr peminat Bongkar , dicetak dalam Bharian 27 Mei 2006 ( Sabtu )
kiriman WAte dr Kota Bharu.
ceritanya begini :
Mahu waktu siaran siri Bongkar diubah
SAYA berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengubah waktu siaran program ‘Bongkar’ kerana siarannya pada pada 12.30 pagi dan 1.30 pagi adalah terlalu lewat.
Isu penagihan gam dan ponteng sekolah walaupun sudah lapuk mengejutkan saya. Kesan penagihan gam membawa kepada kematian seorang pelajar seperti dilaporkan seharusnya diketahui umum. Penemuan krew ‘Bongkar’ dengan 30 pelajar ponteng asyik berpesta dengan gam dan minuman keras satu fenomena luar biasa dan menakjubkan.
Keadaan ini seharusnya dipandang serius oleh RTM dengan memberi keutamaan kepada ‘Bongkar’ untuk ditayangkan pada waktu sesuai.
Sekiranya ditayangkan selewat 12.30 pagi, siapakah penonton sasaran RTM? Ibu bapa bekerja dan bangun awal pagi atau pelajar kita yang seharusnya bersekolah esok hari?
WATE,
Kota Bharu
Assalamualaikum n salam sejahtera tuk semua...
Terra disini , sekadar untuk mengucapkan terima kasih kepada wartawan Utusan Malaysia
SITI JARUM kerana lantang menyuarakan pendapatnya yang bertajuk BONGKAR TENGGELAM dalam Mingguan Malaysia Ahad , 28 Mei 2006 .
luahannya sama dengan apa yg kita bincangkan disini , iaitu penyiaran waktu Bongkar yg terlalu lewat .... Terra tak pandai nak taip apa yg beliau tulis , takut lari plak maknanya .... cuma ingat baris ini shj :
kalau disiarkan jam 12.30 pagi , itu bukan dikatakan Bongkar tapi Tenggelam !!
sebenarnya byk lagi ayat2 best tuk dibaca dlm petikan itu :)
apapun terima kasih skali lagi buat Ct kerana prihatin dengan nasib Bongkar disamping peka dengan isu yg dipaparkan .
*terra* berhati2 dengan kata.
A'kum...
-En.Wan...1st of all Syah nak sampaikan salam drpd Sis Tera buat en.wan...dia cuti esok n lusa..dia kata..paparan malam ni cukup menginsafkan kita sebagai org dewasa. w'pun xde anak lagi....
-erm..best sgt bongkar malam ni..sebab bleh tgk en.wan drpd pelbagai angle..with different personalities...syah listkan kat bawah yek...
-1st as a big brother to brother n sister
-as a pro biker...kekeke
-as a poeter...
-as a future father..amin....
n pelbagai lagi...terharu tgk babak2 en.wan makan ngan bebudak tu, main takraw bersama,dll...untung jadik budak2 tu..nak tau kenapa..??????????????
sebab dorang dah pernah jumpa en.wan life...kekeke..(bila le dapat face to face dgn en wan yek..:)...
-napa blog en.wan tak bleh access...under cnstrtion ke???
k la ...whatever do ur very best...akum ilal liqa'...
This post has been removed by a blog administrator.
Assalamualaikum semua,
Dedikasi sebuah puisi untuk sekalian umat disini, krew edisi Bongkar dan juga buat Pelacur Jalanan serta yang sealiran dengannya:
-------
Mana asal usulmu,
Tenggelam timbul melawan arus,
Hilang wujud di kaki bumi,
Tapi terus jua melangkah kaki,
Mengendap mimpi yang tak jadi ...
Entah di mana sang pelangi,
Entah di mana sinar mentari,
Tak tahu lagi kemana pergi,
Habis hilang menguri sepi ...
Pun tak tahu mana letaknya,
Sang hati yang dulunya bersih,
Kini disaluti onak-onak duri,
Yang melumpuri batas sanubari,
Mengalpakan insan di wajah ngeri ...
Pulanglah wahai insan-insan yang jahil,
Pulanglah ke dasar alam mu,
Pulanglah ke dunia yang nyata,
Yang bakal menerajui baka di kemudian hari,
Yang bakal mendoakan kita di hari mati.
-------
Copyright 2005
A'kum dan salam ceria tuk semua...
Terra tonton x-men II and x-men III pun bleh nangis , apatah lagi tonton Bongkar episod 4 ,
buat En Wan yg tak tengok movies sgt..
plot ceritanya sama gak , anak2 disisih oleh ibubapa , namun hakikat sebenarnya lebih perit , sebab dalam X-Men budak2 tu Mutant ( ada kuasa luar biasa ), yg mungkin menjadi alasan sebab apa mereka di sisih , tapi bagi anak2 jalanan dan penghuni Raudah , yg tiada sebarang kecacatan , apalah nasib mereka ??
Terima kasih kepada krew Penerbitan Bongkar kerana prihatin dengan nasib anak2 ini ...
Kepada Penghuni Raudah ..
belajar lah bersungguh2 untuk mengubah nasib kalian.. jadikan PAKCIK WAN ni.. sebagai contoh yg terdekat :)
agak2nya.. dah brapa ramai selebriti yg pernah menjenguk Raudah... yerlah at least terhibur juga budak2 tu sekali skala...
*terra* terkenangkan zaman kanak-kanak yg sudah lama saya tinggalkan .
a'kum...takder ape nak tulis sgt tumpang lalu jer hehe...hmm saya dapati makin lama mmg makin menarik program bongkar nie....harap terbukalah minda n hati pihak yang berkenaan di rtm tue supaya menyiarkannya lebih awal,byk pengajaran n iktibar yang boleh diperolehi dari isu yang diketengahkan...rasa tak puas menonton...setengah jam rasa terlalu pantas masa berlalu...harap2 next season bongkar dapat dipanjangkan ke satu jam n waktu yang di siarkan adalah lebih awal dari waktu sekarang.untuk encik wan n team bongkar...teruskan perjuangan anda...bukannya senang nak membawa satu pembaharuan atau nak membuka minda masyarakat kita yang lebih pandai mengkritik dan menilai sesuatu sebelum mereka cuba untuk memahaminya.
anda dan team bongkar telah menyumbangkan sesuatu yang amat bermanfaat untuk kesedaran masyarakat kita...saya dan yang lain akan sentiasa menyokong segala usaha anda dan team bongkar....syabas saya ucapkan kerana berjaya menerbitkan rancangan yang lain dari yang lain...
khas untuk en wan..secara peribadi saya benar2 bangga dengan usaha anda....
akhir sekali saya ingin meminta keizinan pihak penerbit dan en wan sendiri untuk menyiarkan beberapa keping gambar bongkar untuk dimuatkan di dalam lama web wan kamarudin yang telah di wujudkan sejak 23 januari 2004 lagi.saya sedang di dalam proses untuk mengemaskinikan laman web tersebut.
http://wankmdin.tripod.com/index.htm
Piala Dunia
Demam Piala Dunia akan melanda
Sapa yang akan menang jadi tandatanya
Adakah Brazil Jerman atau Argentina
Mana tahu kali ni dapat kat South Korea
Atau underdog Socceroos dari Australia
Kemungkinan Iran akan lawan Amerika
Dan sapa pula akan jadi bintang utama
Tahun 1986 milik pemain licik Maradona
Dua puluh tahun kemudian milik siapa
Wayne Rooney terkeluar sebab cedera
Ronaldinho, Henry, Ballack atau Drogba
Semua hebat-hebat belaka
Dari Premier league hingga Bundesliga
Zinedine Zidane mungkin sudah tua
Dah pencen dari bermain di La Liga
Itulah yang hangat dibincang media massa
Namun piala dunia ada buruknya
Mereka yang sanggup mengekang mata
Ramai yang lewat atau ponteng kerja
Curi tulang itu sudah jadi perkara biasa
Subuh terlepas dengan tidak berapa sengaja
Iklan tidak habis-habis menjaja
Makan bola tidur bola minum Coca Cola
Iklan yang akan mengasikkan kita
Supaya mereka mudah alpa
Dan leka dengan kehidupan di dunia
Main bola sehingga melepasi senja
Ada juga fanatik dicatnya muka
Conteng warna bendera sesebuah negara
Lebih teruk industri perjudian semakin ketara
Tak kira orang tua atau remaja
Dari pertaruhan seringgit hingga berjuta-juta
Perbualan kedai kopi pun sekitar bola
Tak kira di kampung atau di kota
Tenggelam cerita Yusry dan Erra
Astro pula dengan Pak Mat macam-macam ada
Selama sebulan seluruh dunia berpesta
Dari Batang Berjuntai hingga Koolkatta
Begitu hebatnya demam Piala Dunia
Langsung tak peduli Palestin dan Yogyakarta
Kerana umat Islam sibuk tengok 22 orang rebut satu bola!
Di ambang Piala Dunia dan kejadian gempa
Assalamualaikum...
selepas terbaca post Liza di atas , Terra juga ingin mengingatkan teman2 di sini supaya turut sama menderma kepada
"Tabung GempaBumi Indonesia - RTM"
melalui sms , Caranya taip DERMA 2 (untuk RM 2) hantar kepada 32770 .
kalau nak derma RM 1 , RM 5 atau RM 10 pun bleh.... untuk keterangan lanjut , tonton iklan kat RTM :)
tuk RTM ,
mulai hari ni kita kawan :)
tuk krew Bongkar ,
apa shj yg anda sedang usahakan , buatlah yg terbaik untuk kami semua :)
Assalamualaykum and Salam Sejahtera..
Kepada Team Bongkar...
What a lovely show u've got there... LOVELY!! Congratulation... Ini adalah pertama kali saya menonton rancangan bongkar 'Mat Rempet'.. interesting.. superb! I'll surely recommend the show to all my frens...
Selamat berjaya harap rancangan ini dapat memberi pengetahuan dan pendidikan kepada rakyat Malaysia. Sebagai seorang pelajar undang-undang saya bependapat rancangan ini dapat membantu rakan-rakan lain untuk memahami serta mendidik semua penonton terutama mengenai undang-undang di Malaysia... Ignorantia juris non excusat!!!
Keep on the good job!! what u've done is a very thoughtful and noble thing to do!! SALUTE!!
patut laaa penerbit risaukan En Wan tika bergaul dgn Mat Rempit , yer lah mana lah tau takut "di aper kejadahkan" oleh dia orngkan ,
namun nasib menyebelahi krew Bongkar , diterimanya En Wan kita sebagai "teman bicara" gitu.
atau... En Wan ader guna "ayat" kot :)
brani gak ler En Wan kita nih...
no wonder En Wan luahkan perasaan dan pendapatnya dalam mingguan Malaysia sedemikian ,
kalau terra dok kat ctu pun , mesti pening kepala....
tak faham , apa yg dicari oleh mat Rempit , sudah tentunya bukan litar lumba !!
Satu paparan yg "real" dan berbaloi :)
- Terra
En. Wan,
Syabas, saya dah nonton 2 siri, budak jalanan dan mat rempit... thumbs up..
satu je... en wan... waktu ke udara tu.. kalau la.. leh awal sikit... normally, 1230, mak bapak org melayu nie dah tidor.... kalau la dpt disiarkan dlm waktu 1030pm.... best...
usaha murni en wan.. JazaKALLAhu Khairan...
Jaga keselamatan....
Bongkar – Rumah Pengasih dan Rumah Ikhtiar mengingatkan Terra kepada kenalan sekampung yg meninggal kerana Aids… sudah tentunya kerana penagihan dadah , dia bernasib baik diterima oleh keluarganya di saat akhir hayatnya…
Namun dia tidak sempat melihat anak yg dikandung oleh isterinya pada masa itu … Terra kagum dengan isteri dan arwah ibunya… kasih sayang mereka melimpah ruah , tidak terbatas…
Tapi tak semua orang semulia itu , kepentingan peribadi dan desakan kemiskinan mungkin menyebabkan sesetengah masyarakat takut menerima bekas penagih dadah.
Apa yg dilakukan oleh Golden Hope Plantation iaitu menyediakan pekerjaan kepada bekas penagih dadah adalah satu usaha yg murni dan perlu dicontohi .
Semua orang ingin di anggap penting dan berguna , dengan adanya pekerjaan , bekas penagih dadah akan dapat merasakan diri mereka turut sama diperlukan oleh masyarakat dan keluarganya.
Terra* terkenangkan hari2 menganggur dulu… amat tertekan !!
Fenomena , kupu2 malam yg tidak mengenali En Wan…
Banyak tanggapan boleh di ambil… namun bagi Terra , Terra amat bersimpati dengan nasib mereka semua…
mungkin mereka semua masih tidak mempunyai kemudahan seperti tv untuk hidup , malah kalau aderpun mungkin mereka tidak tenang untuk menikmati waktu lapang… kerana sudah tentu ada perkara yg jauh lebih penting… iaitu sesuap nasi untuk diri sendiri mahupun tuk anak2 yg kelaparan…
sedih mendengar rayuan mereka supaya dilanggani dan buat la apa saja ke atas diri mereka… asalkan dapat di isi kekosongan perut mahupun ditukarkan dengan dadah…
iaitu ketenangan yg sementara bg melupakan hitamnya kehidupan…
cukup menyedihkan … cukup menginsafkan diri…
terra*
nasib baik ader lagu "here without you" by 3 DOORS DOWN tu…
bulat gak mata tonton Bongkar semalam :)
This post has been removed by a blog administrator.
Trend Masakini
Trend yang kurang sihat bertambah-tambah
Tak kira di KL Penang Kelantan dan juga Sabah
Ini yang buat aku dan rakan-rakan menggelabah
Kadang-kadang rasa nak pengsan rebah
Walaupun amalkan minum madu lebah
Tapi aku kuatkan juga hati supaya tabah
Untuk menulis walaupun bukan senang nak gubah
Trend pertama ialah mengenai jenayah
Tak caya baca suratkhabar kecuali Harakah
The Star Utusan dan NST, paper Kali Mullah
Tak kiralah kes bunuh atau kes pecah rumah
Rompak kedai emas hatta kedai jual murah
Kes ragut melibatkan golongan lemah
Geng samseng pukul orang sampai berdarah
Sekali sekala artis kena tangkap hisap dadah
Rogol dan bunuh diculik dari kompleks belibelah
Setiap hari indeks jenayah semakin bertambah
Yang karutnya mereka ni berlakun baik di mahkamah
Masuk mahkamah pakai kopiah
Habis orang cakap Islam ajar umat jadi penjenayah
Belum ada lagi pakai purdah kecuali mahkamah syariah
Disini nampak artis pakai tudung tapi kain terbelah
Apalagi kalau kes cerai walaupun baru menikah
Dan yang hangat ialah kes kena tangkap basah
Itu tak termasuk kes artis yang sumpah menyumpah
Manakala Malaysia masih berada di tangga bawah
Apa lagi kalau bukan kejadian makan rasuah
Daripada mata-mata sehingga pemerintah
Daripada kesalahan trafik hingga projek mewah
Malu saja kat Singapura jiran sebelah
Yang mempunyai indeks rasuah paling rendah
Di Malaysia gejala rasuah kronik macam barah
Ianya sudah jadi sebati dalam darah
Kita pun hairan apa jadi kes Eric Chia dan Kasitah
Dan cerita AP yang menghangatkan Rafidah
Ini tak termasuk lagi kes suruh tutup mata sebelah
Trend yang membimbangkan ialah gejala dadah
Banyak melibatkan Melayu walaupun masih mentah
Artis tempatan berapa ramai dah masuk mahkamah
Kena tangkap tengah stone dalam satu rumah
Kalau dah ketagih tu memang susah nak cegah
Sanggup bunuh isteri ibu dan ayah
Semata-mata mahu duit naik beli dadah
Sanggup jadi pembunuh dan penjenayah
Trend yang popular pula ialah gejala Mak Nyah
Rahman dah tukar jadi Ramonah
Farid dah pula tukar jadi Farah
Shaari pula dah tukar jadi Shery atau Sarah
Setengah mereka pula sanggup di bedah
Tukar jantina di negara jiran sebelah
Pakai makeup orang pompuan pun kalah
Kata Wan NTV7 ‘apa ke jadah”
Trend ini menjadi-jadi sebab depalah
Watak Sam dalam 2+1 ramai menyampah
Namun menyeronokkan bagi sesetengah
Ramai yang ikut hatta dikampus atau sekolah menengah
Semua asyik jalan lembut walaupun betis besar gajah!
semalam tepat jam 5 ptg ,
tiba2 reminder dalam hanset Terra berbunyi...
tik..tik..tiktiktiktik...
sambil mengelipkan msg
"Mingguan Msia Abe "
"Mingguan Msia Abe "
"Mingguan Msia Abe "
cheyyy.... lupa nak delete reminder setiap minggu tu...
so semalam apabila Terra lalu jer depan kedai pakcik surat khabar tu..
hhhmm... teringat plak kat ruangan En Wan..
jadi kesimpulannya ,sama2 lah kita ambil iktibar dr peristiwa semalam...
sila DELETE reminder tuk bongkar malam ini hee.heee..
kalau tidak rugi oooohh...
bangun kul 12.30 pgi !!
Isnin , 7 Ogos 06
Baru tgk bongkar tadi. Mmg menarik. Rasa panas hati pun ada tgk gelagat bebudak kat belukar tu. Tp tak tau nak cakap apa. Apa lagi nak menyalahkan sesiapa. :(
Sebut pasal maknyah. Ada sesiapa kat sini pernah tgk dokumentari ni tak - http://www.youtube.com/watch?v=zltc6gWxhfA Bahaya juga dokumentari ni. Mungkin memaparkan realiti golongan2 camni...?
This post has been removed by a blog administrator.
Saya tertarik dengan muzik kegemaran bongkar - Iwan Fals!!! Wah.. saya pun memang byk terpengaruh dgn muzik dari beliau. Lagu 'Bongkar' memang antara lagu kegemaran selain 'Buktikan', 'Ambulan Zig Zag' dan banyak lagi....
Sya cadangkan selit2kan lagu Iwan Fals pada siri bongkar yang akan datang. Boleh..?
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home