Tuesday, May 09, 2006

Terima kasih - dari Wan Din

A'kum semua,

Terlebih dahulu Alhamdulillah kerana dengan izinNya akhirnya Bongkar ke udara semalam. Dan bila memasuki website ini saya cukup terharu dengan sokongan anda semua yang sanggup menunggu hingga larut malam semata-mata untuk menonton 'Bongkar'.

Segala komen yang anda berikan amatlah saya hargai dan Insyallah saya akan perbaiki di masa-masa akan datang.

Sekali lagi terima kasih kerana anda semua telah sudi meluangkan masa untuk menonton 'Bongkar' dan terima kasih juga kerana mengambil berat tentang kami semua. Saya amat menghargai sokongan anda semua.

Sekian...jumpa lagi...jaga diri baik2.

Wan Din

20 Comments:

Blogger Little Snow said...

so, terlepas le gak penat lelah team bongkar wan.... saya salute wan sbb mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dlm menunggu dan melalui pelbagai prosedur RTM untuk penyiaran BONGKAR... Anyway, jgn berputus asa jika ingin menghantar bahan di RTM yek... Saya tengah tunggu arahan untuk preview episod-episod Bongkar yang lain... harap-harap lepas ni tiadalah apa-apa masalah.... C U Next...Wasalam

2:22 PM  
Blogger WNH said...

Tahniah... satu pendekatan baru yang menarik. Keep up the good work:)

Bagus juga kalau appeal kalau-kalau RTM boleh consider untuk awalkan masa tayangan...

3:12 PM  
Blogger armouris said...

saya tertonton rancangan BONGKAR semalam secara tak sengaja..rancangan ni memang amat bagus, tapi ralat sikit la, sebab rancangan macam ni sebaik-baiknya ditayangkan pada slot waktu antara 9 - 11 malam. Waktu ini adalah yang terbaik sebab ramai terutama ibu bapa yang masih berjaga. Kalau pukul 12 ke atas tu, bilangan yang belum tidur tu dah berkurangan. Kemungkinan mesej tak sampai kepada ibu bapa. Kalau betul-betul ikhlas nak tegakkan nahi mungkar, inilah peluang bagi RTM sebagai wadah kerajaan iaitu isikan slot-slot 'primetime' dengan rancangan-rancangan yang boleh menyumbang ke arah objektif bina insan (macam objektif RMK 9 tu). Boleh abang wan kita maklumkan kenapa rancangan BONGKAR ni dapat slot lewat-lewat malam?

8:32 PM  
Blogger terrarosa said...

betul tu Amar... lagi satu... siapa yg bertanggungjawab tuk buat promosi Bongkar ?? stakat dalam slot Intisari Rancangan TV2 , mana cukup... sedangkan program2 baru yg lain... selalu kuar slot iklan... ngapa Bongkar tidak ?? oppsss.. nak komen lebih2 silap hari bulan kena tahan ISA ni , so fikir - fikirkan lah...
Terra : cuba gak promosi apa yg patut... tapi faham2 ler... kul 12.30 tuu..

8:43 AM  
Blogger liza said...

Salam ,

Tahniah atas penyiaran bongkar . moga dapat siarkan lebih awal lagi ............ coz memberi peluang kpd golongan pekerja mcm saya utk menonton bongkar . waktu yg lewat malam agak kurang sesuai utk gologan pekerja & pelajar . Mungkin elok ada siaran ulangan pada masa yg lain , misalynya hari sabtu atau hari ahad .
macam mana nak hubungi penerbit @ wan din melalui email.

9:41 AM  
Blogger syahran_hakimi said...

akum..en.wan n semua...well..as sis terra said...nape bongkar macam takde promosi je...???xde iklan...erm satu lagi mcm liza cakap..sbnrnya kak diena ada sebut b4...en.wan takde add e-mail persnal ke...takde..klu ada kan..klu ada sumting prsnl..kekeke nak cakap senang..k team bongkar..keep ur gud work...

9:02 PM  
Blogger terrarosa said...

sebab tak der email personal ler... Terra kena share mimpi yg indah itu dengan satu dunia :P
pastu... sebenarnya ada lagi yg nak bagi tau En Wan tapi... mungkin... ianya tak bermakna bagi orang yg sibuk , besar dan penting mcm En Wan...
eh... tiba2 jiwang plak Terra ni... so it's better for me , to let it go .... lagipun i don't like to feel my feeling ...
it will be the biggest thief of my time !!
Terra : tengah fikirkan kerja yg perlu di buat pd isnin depan sementara nak tunggu Bongkar 12.30 am ...

8:29 AM  
Blogger bongkar said...

Hi semua ... pada yang nak hantar email kepada Wan Din.. bolehlah hantar ke bongkar_rtm@hotmail.com.

Muchoz Gracias ..

*Penerbit*

1:45 PM  
Blogger Zaharah said...

Salam,
saya nak minta kebenaran untuk memuatkan beberapa gambar ke blog saya.

Teruskan usaha murni anda. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah. Ameen.

6:56 AM  
Blogger cahayahati75 said...

This post has been removed by a blog administrator.

12:38 PM  
Blogger cahayahati75 said...

Salam buat Wan & sumer crew n all here;
May Allah bless be upon us always InsyaAllah.
Yup..Bongkar bgs cume masa nyer yg x bape cantik..
aduish teringat last wk..tidur n bgn semula..semata2 nk tgk 1st siaran bongkar..
Alhamdulillah worth it!!
Till next time pray 4 all the best.

Lets PUSH (Pray Until Smthng Happen)

Wassalam.

12:41 PM  
Blogger terrarosa said...

errr awat cik penerbit yg tolong bagi email En Wan... en Wan malu ker nak bagi sendiri.. hikk.hik..hikk..mesti cik penerbit close gan En Wan kan !!!
kan... kan..??!!..
btw... saya pun nak minta izin jugak ler...sebab dah print pun gamba En Wan ... dengan baju hijau.. tengah senyum tapi tak pandang kamera .. hik..hik..hikk.
anyway...
terima kasih buat Cik penerbit.. sebab memahami kehendak peminat en wan...

10:01 AM  
Blogger Nuur Hidayah a.k.a Datt said...

uit?..ramai plak peminat encik wan yer.....nasib encik wan tak jadi artis...kalu tak...kalah Mawi... huhuuu....

do visit my blog: thedstuff.blogspot.com

10:00 AM  
Blogger liza said...

Palestin...cukupkah sekadar berdiam diri?

Ketika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin (PA) masih belum menerima gaji mereka. Wang hasil kutipan cukai milik kerajaan PA bernilai USD 300 juta (sehingga kini) telah dibekukan oleh rejim Zionis Israel. Begitu juga halnya dengan bantuan bernilai USD 200 juta dari Arab Saudi dan Iran juga belum lagi dapat memasuki bumi Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Bantuan bernilai USD 50 juta sumbangan Algeria pula telah di"sapu" oleh Bank Arabi yang untuk melangsaikan hutang kerajaan PA yang lalu (dibawah Fatah) telah berhutang dengan mereka dengan nilai ratusan juta dollar. Bantuan-bantuan yang dulunya mereka terima dari masyarakat antarabangsa juga kini telah disekat oleh kempen AS dan EU untuk "menghukum" rakyat Palestin.

Apakah dosa rakyat Palestin sehingga dihukum sedemikian rupa?, tidak lain dan tidak bukan hanya kerana telah mengundi pilihan mereka lewat pilihanraya Majlis Legaslatif PA pada bulan Januari yang lalu. Wakil-wakil HAMAS yang telah mereka pilih untuk menggantikan wakil-wakil Fatah yang koruspi dan tidak lagi boleh dipercayai bukanlah keinginan AS. Di atas pilihan yang demokratik tersebut, maka rakyat Palestin dihukum. Alasan AS mudah sahaja, jika pA mengiktiraf Israel dan meninggalkan "keganasan", maka segala bantuan akan diteruskan semula. Bagaimana pula dengan pihak Israel?

Seperti yang telah dikatakan oleh Dr Azzam Tamimi, pengarah Institute of Islamic Political Thought, AS dan EU hanya melihat isu Palestin ini melalui lensa Israel. Mereka hanya melihat kepentingan rejim tersebut tanpa melihat kepaa isu yang sebenarnya. Tuntutan PA di bawah pimpinan HAMAS, bahawa mereka bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika rejim Zionis Israel bersetuju untuk mematuhi resolusi 242 PBB tidak pula diendahkan. Begitu juga dengan tawaran PA untuk melakukan gencatan senjata jika rejim Zionis bersetuju untuk mematuhi resolusi 194 berhubung pelarian Palestin dan juga melepaskan tahanan Palestin di penjara Zionis juga tidak mendapat tempat di hati rejim berkenaan. Bagi AS, apa yang diingini oleh rejim Zionis, itulah keinginan mereka. Apa sahaj yang menjadi ancaman kepada doktrin "Israel Security System", adalah ancaman kepada AS. Golongan Neo-Cons di AS akan sentiasa memastikan peraturan ini akan sentiasa dipatuhi oleh pembuatan dasar luar AS.

Kajian World Bank (Bank Dunia) terhadap keadaan rakyat Palestin jika rejim Zionis berterusan membekukan wang hasil pendapatan cukai mereka dan jika dunia berterusan mengenakan sekatan ekonomi terhadap karajaan PA yang baru:

Pendapatan perkapita penduduk akan menurun sebanyak 30%. Ekonomi Palestin akan merudum sebanyak 27% pada penghujung tahun 2006. Ini bersamaan dengan keadaan ekonomi As ketika dilanda krisis kewangan pada tahun 1929. Pengangguran di kedua-dua Gaza dan Tebing Barat akan meningkat sebanyak 39.6%. Bilangan mereka yang hidup dibawah tahap kemiskinan akan meningkat kepada 50%, dan ini merupakan 67% daripada jumlah keseluruhan penduduk Palestin di Gaza dan di Tebing Barat. Ibarat kata Dr. Omar Abdu al-Razeq, Menteri Kewangan PA sekarang, "Jika keadaan ini berterusan, bukan hanya sekadar krisis kewangan yang akan dihadapi oleh palestin, malah krisis sosial. Bukan hanya sekadar HAMAS yang akan jatuh, malah Palestin akan berada di dalam keadaan kucar-kacir".

Jika keadaan seperti ini berterusan juga, kemungkinan rakyat Palestin akan bertindak lebih agresif menentang Zionis. Kemungkinan juga akan berlaku kekacauan di kalangan rakyat. Apa yang berlaku pada 8 Mei 2006 di Khan Yunus merupakan bibit-bibit kemelut yang akan berlaku. Pihak-pihak Fatah yang kecewa akibat kekalahan mereka di dalam pilihanraya yang lalu tidak akan berdiam diri. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka boleh bekerjasama dengan pihak musuh untuk membantai rakyat mereka sendiri. Hatta presiden PA sekarang pun, Mahmoud Abbas yang mewakili Fatah, lebih disukai oleh ahli Knesset (parlimen) Israel berbanding dengan rakyatnya sendiri. Muhammad Dahlan, anak kesayangan rejim Zionis di Gaza, juga tidak akan berdiam diri terhadap kerajaan HAMAS dan juga keadaan yang wujud. Rata-rata rakyat Palestin menunding jari mereka ke arah Dahlan di atas mana-mana serangan kumpulan Fatah ke atas kerajaan PA sekarang.

Ismail Hanneya, Perdana Menteri PA sekarang wajar menerima pujian. Bukan hanya sekadar beliau, malah menteri-menteri kabinet yang lain beserta ahli Majlis Legaslatif yang lain. Ketika diwawancara oleh mana-mana media antarabangsa adakah beliau akan tunduk dengan tekanan AS dan EU. Beliau lantas menjawab bahawa rakyat palestin tidak laparkan bantuan AS dan EU. HAMAS tidak akan menjualkan rakyat Palestin sepertimana mereka telah dijual oleh Fatah lewat perjanjian Oslo 1993. Bagi Hanneya, rakyat palestin masih lagi mempunyai rakan-rakan dari negara-negara Arab dan negara-negara umat Islam untuk membantu mereka. Persoalannya, di manakah negara-negara umat Islam?

Setakat ini, beberapa negara Islam telah membuat janji untuk memberikan dana bantuan. Antaranya, Qatar, Iran, Arab Saudi, Algeria dan beberapa negara lain. Walau bagaimanapun hanya Indonesia yang lebih nampak terkehadapan di dalam isu ini. Kejayaan mereka melancarkan kempen satu dollar dari seorang rakyat Indonesia untuk Palestin telh dilancarkan secara besar-besaran di Jakarta. Ianya bagaikan tamparan hebat kepada negara-negara umat Islam lain yang hanya sekadar diam membisu. Ia juga bagaikan tamparan kepada Kuala Lumpur yang menjadi pengerusi OIC sekarang ini. Bayangkan, Indonesia yang masih lagi merawat parut-parut Tsunami dan kini sedang menghadapi kemungkinan berlakunya gunung berapi Merapi yang ingin meledak, telah melakukan sesuatu. Di manakah rakyat Malaysia?

Usah menunding jari ke arah orang lain. Tanyakan diri kita, apakah sumbangan kita keapda rakyat Palestin. Mungkin ada yang mengatakan, itu hal rakyat Palestin. Buat mereka yang mempunyai kedangkalan otak seperti ini, cukuplah mereka mengandaikan, bagaimanakah perasaan mereka, jika mereka berada di dalam keadaan rakyat palestin. Sudahlah barat memulaukan mereka, umat Islam pula tidak mengendahkannya.

Di sini saya menyeru kepada umat Islam di seluruh Malaysia untuk menggerakkan usaha menderma ke tabung Palestin. Jika Indonesia, negara yang miskin berbanding dengan Malaysia boleh mengerahkan satu dollar dari setiap rakyatnya untuk Palestin, mengapa tidak kita?

Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa membantu rakyat palestin di waktu ini adalah kewajipan. Sumbangan yang kita berikan adalah wajib, dan bukan hanya derma yang mendapat pahala sunat. Fatwa itu kemudiannya telah disokong oleh beberapa ulama lain di seluruh dunia.

Masjid-masjid, surau-surau, jabatan-jabatan, pejabat-pejabat, restoran-resotan, sekolah-sekolah, IPTA/S-IPTA/S, kedai-kedai, NGO-NGO, persatuan-persatuan penduduk, persatuan-persatuan Siswa di seluruh negara, pertubuhan-pertubuhan pekerja, individu-individu, pemimpin-pemimpin, parti-parti politik, sesiapa sahaja, bantulah rakyat Palestin yang sekarang ini semakin menderita. Lancarkan tabung di derma Palestin di dalam lingkungan anda. Jika tidak anda siapa lagi?, jika tidak sekarang bila lagi?

Jangan nanti di hari kemudian anda akan menyesali diri sendiri kerana tidak melakukan sesuatu untuk saudara anda di Palestin. Apa yang ditunggu lagi, berdermalah sekarang!

Selamat membantu .

9:20 AM  
Blogger terrarosa said...

A'kum En WAn....
i don't know what to say...
pagi tadi pun...tak fokus sangat apa yg En Wan.. luahkan.. walaupun pada tika itu hanya suara En Wan shj yg kedengaran.. mungkin badan sudah penat dan pada masa yg sama
Terra sibuk memikirkan... apa yg tak kena dgn BONGKAR... sehinggakan RTM boleh mengambil tindakan sedemikian... macamana Terra nak bg sokongan kpd hasilkerja En Wan gan krew bongkar... kalau tak menonton Bongkar...
lately... Jam biologi Terra dah lari dr kebiasaannya...
saya amat bersimpati dengan krew Bongkar...
siapa lah Terra utk mengkritik sesuatu yg luar dr bidang tugas harian... memang tak faham langsung...
sup sarang burung vs BONGKAR !!???

10:00 AM  
Blogger kaklong said...

Assalamualaikum,

En Wan Din & semua krew Bongkar...
Rasa sedih & sedikit kecewa krn GAGAL menahan mata yg terSANGAT mengantuk & seterusnya GAGAL menonton episod Bongkar malam tadi. Kenapa rancangan "berani & bermanfaat" sebegini tak dapat tempat di slot 'perdana' yer?

Saya dapat rasa betapa TERKILANnya en Wan Din & semua krew Bongkar krn hasil usaha jujur kalian "kurang" dihargai(disiarkan pukul 1.30 pagi, siapalah yg tak ngantuk!!!!).

Walau bagaimanapun, smg Allah memberi keberkatan & kekuatan utk kalian semua terus menghasilkan karya2 yg bermanfaat utk UMMAH.

Wassalam.

1:58 PM  
Blogger syahran_hakimi said...

Akum w.b.t...
1st of all tahniah di atas siaran kedua BONGKAR pagi tadi...well...syah terkejut juga sebab bila check kat guide astro...BONGKAR di lewatkan lagi..ke jam 1.30!!!...erm...wondering why???apapun...kcian gak sebab program2...baik seperti ni...ditayangkan lewat...well...u all don't deserve it...4 ur good works!!!
apapun syah doakn yg terbaik buat en.wan dan semua..syah tau itulah yg terbaik..buat kita...(kita???)kekeke...drpd takditayangkan langsung..kan??..kan???...erm...suka plak syah tgk bila last2 scene to nampak en.wan baring kat katil asrama tu...erm...en.wan garang betul bila buat temuramah ngan bebudak tu..kecut perut nengok..kekeke...(takdela..gud work en.wan...)k la..dah pjg benor ni...
P.U.S.H(pray until sumting happen)
Akum ilalliqa'....

5:37 PM  
Blogger fid said...

Terra,Shah, Adiena,
I baru dapat cari address blog ni selepas di hilangkan oleh my MIS staff... Hello semua........

After Monday "Bongkar" memang bagus esp utk di tontonkan pada semua,utk dijadikan teladan&iktibar bagi semua tapi yg peliknya waktu siarannya 1.30am sape nak tegok RTM oi!!!nak tengok dgn anak2, anak2 pun dah TIDUR, jadi yang ruginya sape? RTM!!!....

Anyhow Terra,Shah, Adiena, he's still wearing the ring on his right hand.... jangan tak jemput makan nasi minyak bawah kemah sudah..
As promiss I akan cuba sedaya upaya utk "Bongkar" di slot di time yg appropriate. I ada terbaca sape eh! kata rancangan ni tak best tp nak di lebih2kan... I nak tanya programe apa tu pasal Artis shown on Sunday at RTM1 tu okay ka?? nampak sah nar ada setengah M'sian ni penting artis dr isu2 yang lebih penting yg cuba di tengahkan from "Bongkar" apa semua setengah ni nak jadi "MAWI" ke???

12:32 PM  
Blogger adiena said...

a'kum to fid...'bout d ring...hmmm i ingatkan ada yang dah lupa nak tgk ring tue he he....

1:21 PM  
Blogger sinzmanual said...

besh r bongkar.gaye tersendirik.tp waktu tayangan yg RTM buat agak kurang seswai r.bukan sumer org dpt tgk.tp solute korang beb..

1:03 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home