Tuesday, February 28, 2006

UPDATED - SCROLL DOWN

Ermm .. saya dapat feedback kata blog ni tak update. Actually, dah update, tapi tak tahu apa yang tak kena semua posting baru stuck dekat 24th February.

Apapun, just scroll down, kekadang yang baru update tu ada kat belah bawah. Minta maaf atas segala kesulitan. Nanti saya try cari kat mana silapnya.

Thank you.

-penerbit blog-

Penjara Insaf Diri




Masuk ke penjara ni, terbit satu perasaan takut. Normal rasanya, kerana penjara adalah tempat berkumpul orang orang jahat yang dihukum atas pelbagai kesalahan.

Walau takut, ada rasa sedih dihati. Sedih bila melihat banyaknya anak anak muda berusia 20an, sudah terkurung dibalik tembok besar dan palang besi.

Ada satu kes, dia dipenjarakan ketika usianya 20 tahun dan dia menerima hukuman sepanjang hayat. Dan dia sudah menghabiskan 19 tahun dalam tempoh hukumannya, bayangan kebebasan masih samar, dan dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi dia akan terkurung.

Sedih bila mendengar kerana kesilapan seminit, kebanyakan dari mereka menghabiskan zaman remaja mereka disini.

"Jangan ikut perasaan, mak bapak kita mengongkong kita ada sebabnya, bukan kerana mereka tidak mahu kita menikmati hidup. Tapi kalau kita boleh bersabar sedikit, dan menantikan kehadiran zaman dewasa dengan tenang, Insya-Allah, aman dunia kita - dan kita akan menjadi manusia" itu antara kata kata abang yang sempat kami temui di Penjara Kajang.

Kepada adik adik remaja, beringatlah. Jangan bunuh masa depan sendiri. Apa yang tercorak pada masa ini adalah gambaran untuk masa depan. Jangan sia siakan hidup.

Sunday, February 26, 2006

Mixed Episod







Dah tak tahu macam mana nak bezakan episod mana ke mana. Hari ini memang gempak.

Dengan kekuatan 11 orang dalam produksi, dua episode dapat diselesaikan serentak pada malam ni.

Mengkagumkan (ke mengagumkan? kalau tau dek zra, habis kena marah - buat penat je dia buka kelas bahasa kat office).

Hari ni diisytiharkan sebagai hari gempak kerana, satu size production & krew yang turun, kedua kerana props yang digunakan.

Lengkap dengan Hilux dan Motor Besar Ducati.

Kat atas adalah antara photo yang akan disiarkan untuk episod Anak Jalanan dan Remp-it dan satu lagi Henrey Gurney (special).

Malam ni, Wan Din bermesra dengan budak budak basikal & mat rempit.

Takut jugak mat rempit ni dok meng"apa ke jadahnya" Wan Din, tapi ok. Dorang sambut Wan Din dalam suasana mesra dan ingin berkawan.

Paling best masa shoot out kat Bangsar. Bila orang nampak dia, semua menjerit. Kitaorang naik meremang.

Dengan budak budak basikal dia lebih rilek. Mungkin lebih senang menjiwai hati kanak kanak daripada mendekati remaja yang dah nak jadi bapak orang. (apa punya bahasa ni?)

Anyhow, jangan samakan program ini dengan program yang pernah Wan Din acarakan, sebab seriously, Bongkar adalah sesuatu yang berbeza. Tak percaya? Tunggu kemunculannya April ini.

p/s: dah tak larat nak susun episod, sebab dah berubah ubah kedudukannya.

Friday, February 24, 2006

From Wan Din

Terima kasih pada semua. Rasa terharu bila tengok ada komen untuk program terbaru saya - Bongkar.

Nama saya tidak sebesar mana namun ini adalah projek pertama saya kembali bersama Zainal Rashid Ahmad setelah setahun "berhenti" dari Siasat.

Harapan saya semoga anda beri sedikit peluang pada Bongkar untuk memenuhi ruang masa setengah jam anda bila ke udara nanti. Supaya kita semua sama sama sedar betapa kita mesti teruskan perjuangan demi agama, bangsa & negara.

Kepada anda yang sebelum ini pernah berkomunikasi dengan saya, saya harap jadikanlah blog ini sebagai tempat komunikasi yang baru. Saya harap anda faham.

Terima kasih sekali lagi, kita jumpa lagi dihari hari mendatang.

sign off,
Wan Din.

Thank You All!!!!

Wah, terkejut juga bila update blog hari ini, banyak yang masuk bagi komen.

Terima kasih kepada semua yang sudi datang menjenguk blog yang tak seberapanya ini.

Kami amat menghargai sokongan anda semua.

Wan Din ada di Melaka hari ini, untuk melengkapkan satu lagi episode Bongkar. Dia berkunjung ke Pusat Pemulihan Akhlak Henrey Gurney, Telok Mas.

Esok i'll get him to write something in this blog and HIS blog too.

Thank you so much for the support, dan jangan lupa saksikan BONGKAR April ini.

-Penerbit-

Episod 4 - Kupu Kupu Malam





Penggambaran hari ini amat menyedihkan. Sedih kerana banyak airmata yang mengalir hari ini.

Wan turun ke lokasi bersama aktivis Pendamai ke Belakang Mati, untuk memujuk penagih dan pelacur kembali ke pangkal jalan.

Belakang mati menuntut banyak kita membuka naluri kemanusiaan masing masing, untuk melihat realiti disebalik wajah yang diselunding topeng 'pelacur'.

Saksikan episode ini. Dan tanyalah diri, pernahkah kita memberi peluang kepada mereka ini, peluang untuk sekadar mengerti dan memahami - mengapa mereka ada disini.

ANGIN TIDAK MEMELUK PESAN
KEKASIH TIDAK MENGHULURKAN TANGAN
AKU KERING DIBAKAR RINDU
RINDU BERTAHUN TIDAK BERLAGU

MALAM TIDAK MEMBAWA BULAN
KEKASIH TIDAK MENYEMBAH SAYANG
AKU REMUK LUKA BERSARANG
LUKA TERCUKA SEPANJANG ZAMAN.

Kalau lah sajak ini bukan bertemakan cinta semata mata, ia tentulah juga bertemakan kemanusiaan. Paling tidak perasaan seorang pelacur atau gadis gro yang ingin dilindungi oleh cinta sejati seorang lelaki.

"Wahai kau cinta, sungguh tak ada yang bisa, mampu berpaling dari mu, bila terlanjur sayang ...."

Episode 6 - Anak Jalanan



Pelengkap untuk segmen anak jalanan adalah story budak basikal.

Thanks to the student from UiTM dari sekolah sains sukan, thank you guys for helping us out.

Thought of the day,

Kata seorang penyair terkenal, Gibran Kahlil Gibran:

Anak adalah amanah Tuhan untuk kita,
Maka jagalah dia dengan sempurna,
Sekiranya anak itu nakal,
Bersyukur kerana itu tanda dia sihat,
Namun kiranya anak kita jadi pencuri,
Hukumlah dia kerana kita tak mahu negeri ini penuh dengan pencuri.

Wdin: Tepuk dada tanyalah selera, sejauh mana kita memahami erti kehaidran seorang anak dalam kehidupan kita.

Saturday, February 18, 2006

Episode 6 - Anak Jalanan (Advance Shoot - Raudah)








Fuhh, tak pernah tengok Wan Din bersukan. Berpeluh peluh Host Bongkar ni pada episode kali ini. It's fun though.

Episode 2 - Gam (Videoklip)







Dalam hujan Wan Din melakukan penggambaran. Dan pagi ni kawan kawan office kata dia demam. Kesian dia.

Tapi shot videoklip untuk episode gam ni memang best. Take a look.

Edit - Episode 1




Akhirnya package Dadah 1 dah lengkap. Dan dah dalam proses editing pun. Hopefully, hari Ahad ni dah settle untuk preview oleh Content Editor.

Episode 3 - Rumah Pengasih - Dadah





Hari ke 2 shoot dekat Rumah Pengasih. Masih Episode yang sama. Seperti yang kita tahu, Pengasih adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang bergiat aktif sebagai sebuah pusat pemulihan dalam usahanya membantu penagih yang ingin keluar dari neraka dadah.

Bukan setakat dadah, rumah Pengasih juga menempatkan beberapa orang pelatih yang menghidap HIV/Aids dan juga kanak kanak nakal yang terbabit dalam dadah pada usia seawal 14 tahun.

Memang menyedihkan, tapi sekali lagi perlu diingatkan, mereka perlu diberi peluang untuk kembali kepangkuan masyarakat.

Friday, February 17, 2006

Episode 3 - Rumah Iktiar, Dadah








Kesinambungan perjuangan menentang dadah dan gam adalah dengan menyiarkan penagih yang struggle untuk pulih dan berkongsi pengalaman dengan bekas penagih yang dah clean.

Senario hari ini penuh kemesraan. Mereka tidak boleh disisihkan walaupun tinggal dalam keterasingan.

Mereka hanya meminta peluang untuk masuk semula dalam lingkungan hidup kita. Beratkah permintaan itu untuk kita tunaikan? Tak berat - singkirkan prasangka dan pandangan negatif, InsyaAllah ringan sangat permintaan itu.

Antara petikan skrip hari ini:

Berada ditengah tengah rumah ikhtiar ini, saya semakin terasa betapa pentingnya nilai kasih sayang, ikatan persaudaraan dan naluri kemanusiaan.

Apatah lagi, kalau kita ingin membantu orang lain menemukan kehidupan mereka.

Saya rasa begitu banyak cabaran menunggu di depan bagi generasi pasca merdeka seperti saya.

Sekali lagi saya teringat puisi Datuk A. Samad Said:

Disini bumi dan langit terisi wangian kemerdekaan,
Sedekad senja masih dipenuhi peristiwa,
Yang tak tertafsirkan - tamsil tak terbaca,
Tapi dalam gegeran cabaran begini,
Kerana kerana kemerdekaan bukan kemerdekaan,
Jika bangsa tidak besar dalam keredaan Ilahi.

Thursday, February 16, 2006

Episode 2- Gam






Standupper - Wan Din on location to talk about GAM. Siap pegi kedai hardward beli gam. Seram sejuk penerbit dibuatnya.

Episode 1 - Dadah



One of the interview done by Wan Din with Dr. Rozainee from UKM on psycologycal aspect of drugs addict.

Wednesday, February 15, 2006

The Making of Bongkar






Hari pertama penggambaran montage dan heart sound di sekitar Bukit Bintang, Petaling Street, Central Market dan Dataran Merdeka.

Semua krew excited untuk melengkapkan buah tangan terbaru dari Wan Kamarudin Wan Ibrahim.

Tiada lagi makian seperti dalam siasat, kerana disini cuma ada fenomena yang dianalisis dan dicarikan pula resolusi sebagai jalan penyelesaian.

Monday, February 13, 2006

COMING TO YOU THIS APRIL



Bongkar, buah tangan terbaru dari Wan Kamarudin Wan Ibrahim. Jangan lupa kemunculannya di kaca tv anda - TV1, April ini.