Monday, March 13, 2006

From Wan Din

Alhamdullilah .... berkat kesepakatan, kesungguhan dan doa anda semua ... akhirnya kami berjaya menyelesaikan penggambaran 13 episod Bongkar.

Saya percaya anda semua sedikit sebanyak sudah maklum, tentang bongkar melalui media cetak dan blog Bongkar sendiri.

Bagi saya, Bongkar memiliki cabaran dan dugaan tersendiri. Dan apa yang saya harapkan Bongkar bukan sekadar paparan isu tetapi akan mengubah pemikiran kita menjadi lebih positif terhadap sesuatu.

Melalui Bongkar ... saya merasakan hidup ini terlalu rapuh. Selangkah kita tersalah ... kemungkinan tersimpang lebih jauh. Oleh itu ... dua asas penting dalam kehidupan yang amat diperlukan .... nilai keagamaan dan kekeluargaan.

Akhir kata ... saya hargai sokongan anda semua ... dan luangkanlah masa untuk menonton Bongkar .. insyallah .. bermula 6 April 2006, setiap Khamis, 10.30 malam di TV1.

Semoga kita sama sama mendapat iktibar dari apa yang dipaparkan.

Bye for now ... jaga diri baik baik.

-Wan K-

Saturday, March 11, 2006

KEM KARISMATIK

Tajuk tak ada kait mengait dengan Bongkar kan? Tapi program kordinator Kem Karismatik minta promotion sikit kat sini. Persamaan Kem Karismatik ni adalah hostnya Wan Din. Kira adik beradik ngan Bongkar jugaklah.

Kem Karismatik ni satu program mencari semangat kepimpinan dikalangan remaja muda & dewasa ...

Apa yang menarik? Peserta untuk program ini datang dari latar belakang yang berbeza. Mat rempit ada, baskers ada, pelajar universiti ada dan remaja pedalaman pun ada.

So dalam satu group akan dicampur adukkan pesertanya yang datang dari latar belakang berbeza ni tadi dan satu masalah akan diberikan untuk mereka selesaikan.

Itu untuk kerja dalam kem, kerja luar kem juga ada cabaran tersendiri. Setiap peserta akan diberi peluang untuk merelisasikan impian mereka untuk melakukan kerja kerja kebajikan.

So alkisahnya .... sesiapa yang berminat nak jadi peserta dalam Kem Karismatik ni, bolehlah email kami kat kemkarismatik@hotmail.com

Peserta mestilah gemarkan cabaran aktivit lasak dan berminat melakukan kerja kerja kemanusiaan.

Target umur peserta, 18 - 26 tahun.

Kerja kerja ubah suai blog

Tajuk posting ni macam nak renovate rumah pulak.

Tapi Bongkar akan bagi look baru ... tak ada lah look cuma mengubah sedikit content dalam Bongkar agar nampak lebih refreshing untuk semua yang datang berkunjung ke blog kami yang tak seberapanya ini. Tak tahu banyak yang datang, blog pun tak kemas sangat ... tapi untuk version UPDATED nanti, ingat nak bagi tag board. Thanks atas segala komen yang diberikan. Kami sangat sangat menghargainya.

Buat semua fans Wan K, thank you so much. Dia kirim salam, dengan ucap "saya akan update blog saya tak lama lagi - maaf biar semua menunggu posting baru - sangat sibuk"

Esok adalah hari terakhir penggambaran, so lepas ni ... cuma concentrate untuk final product sebelum di hantar ke RTM.

Thank you so much.

Friday, March 10, 2006

Dadah Oh Dadah





Nak tengok Wan Din makan nasi lemak dengan penagih hardcore dan HIV Carier? Saksikan episod Dadah Oh Dadah.

Ni antara gambar Wan Din di lokasi ketika assignment semalam and two days ago.

Ternyata Chow Kit masih sarat dengan 'dunia hitam'

Dadah Oh Dadah & Rumah Soleha (HIV-Aids)







Sorry dah lama tak update. Sibuk sangat dengan production. Sekarang Bongkar dah masuk episode 11 untuk penggambaran, dua tiga hari lengkaplah 13 episode untuk musim pertama siaran.

Untuk beberapa episode seperti ponteng, mat gam dan penagih + pelacur kami tak dapat nak siarkan gambar kat sini sebab ketika penggambaran, pergerakan camera digital amat minima. Nak tau visual yang kami dapat, jangan lupa tengok bongkar. Wan Din siap berlari kena kejar dengan penagih, berlari kejar budak ponteng sekolah - pendek kata, sampai lencun baju Wan Din untuk dua episod istimewa ini.

Updated photo ni adalah untuk episode penagih tegar bawah jambatan dan penghuni rumah solehah.

Wan Din says hi to everyone - " nanti saya update blog saya"